Pengertian Sabar : صَبَرَ ( menahan )
Boleh
dikategorikan kepada 3, iaitu :
1.
Sabar menjalankan perintah Allah
Sabar dalam ibadah seperti dalam solat, berpuasa dan
menuntut ilmu.
Sabar dalam menuntut ilmu kerana ia adalah suruhan Allah.
Orang yang tiada ilmu seumpama orang buta. Menuntut ilmu tidak kira usia
hinggalah mati.
Beritahu atau cakap sesuatu yang baik dan yang belum
diketahui itu juga dikira berguru dengan ilmu. Tidak kira muda atau tua, tidak
kira bangsa atau agama selagi ia tidak bertentangan dengan agama.
2.
Sabar daripada apa yang dilarang oleh Allah.
Kena bersabar untuk tidak melakukan perkara kemungkaran.
Contoh, mencuri – kena sabar dan tidak boleh ambil barang kepunyaan orang lain
tanpa izin tuannya.
3.
Sabar terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah taala.
Sabar
dengan kegagalan, kesakitan, kepayahan hidup. Semuanya adalah ujian Allah
kepada umatNya untuk menilai tahap kesabaran seseorang itu.
"الصبر
الجميل
"
Sabar itu indah, maka akan rasa nikmat sabar.
Ada hikmah disebalik sabar.
Kesabaran disaat kemarahan,
menyelamatkan kita daripada penyesalan.
- - Saidina Ali bin Abi Talib
Tazkirah Jumaat
Ustazah Che Gayah binti Che Ali
Tarikh : 03 Februari 2017
Dewan SK Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.