Sabtu, 26 Ogos 2017

LADAP KBAT

KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ) sesuai diterapkan dalam proses pengajaran dewasa ini. Pelbagai method digunakan sesuai dengan tahap dan perkembangan murid sekarang ini. Hasil Kolabrasi antara Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dengan SK Sungai Lui, program latihan KBAT dalam PdPC untuk guru-guru sekolah Nukleus telah diadakan.
Tujuan program adalah untuk memperkukuhkan pengalaman mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan bilik darjah. 
Program berjalan selama dua hari iaitu pada 17 Ogos 2017 ( 2.00 - 4.00 petang ) dikendalikan oleh pensyarah IPG tersebut iaitu Pn Fuziah bt Abdul Manaf dan Ustazah Dr Zahiah binti Haris @ Harith.  Pada 24 Ogos 2017 ( 2.00 - 4.00 petang ) program dikendalikan pula oleh Pn Kamsiah Ab Rashid, Dr Munira Mohsin dan En Muaaz Muhd.
KBAT telah diberi penekanan dalam PPPM mulai 2013. Guru perlu memilih pendekatan berorientasikan kemahiran berfikir iaitu pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran membuat keputusan serta penyelesaian masalah.
Di sini kongsikan sedikit berkaitan 7 elemen KBAT:
1. Pentaksiran - perubahan dalam pentaksiran
2. Pedagogi - Perubahan dalam pembelajaran murid
3. Kurikulum - Perubahan dalam pembelajaran murid
4. Sumber - Menyediakan sumber KBAT
5. Kokurikulum - KBAT dalam kokurikulum
6. Latihan - Latihan kepada semua yang terlibat
7. Sokongan Masyarakat - Melibatkan masyarakat dalam KBAT

Elemen KBAT : Kemahiran membuat aplikasi, Menganalisis, Mensentisis, Menilai hujah, Taakulan, Refleksi, Menyoal, Menjana Idea baharu, Mereka cipta, Penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang tepat. 
Didedahkan juga pendekatan Pengajaran Berfikir mengikut cadangan John Arul (1997) iaitu pendekatan KADAR.
K - Kenal
A - Ajar
D - Demontrasi
A - Aplikasi
R - Refleksi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan