Khamis, 31 Ogos 2017

Nikmati Merdeka, Jiwai Aidiladha

Salam Negaraku Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah 60 tahun Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai transformasi negara dapat dinikmati oleh netizen. Apakah itu dikira MERDEKA. 
Merdeka boleh dimaksudkan dengan pelbagai tafsiran. Kemerdekaan hari ini dikecapi hasil titik peluh pejuang kemerdekaan yang gigih serta sanggup berkorban. Jangan bermegah melaung lafaz keramat 'MERDEKA' jika minda dan maruah masih dijajah.
Kuala Lumpur 2017 (Sukan Sea) melabuhkan tirai menjelang detik Malaysia menyambut kemerdekaan ke-60. Tahniah dan syabas kerana Kontinjen Malaysia mengungguli carta pungutan pingat dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk dinobatkan juara Sukan Sea ke-29. Kegemilangan itu diteruskan dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-60. Syukur Alhamdulillah.

Tanggal 31 Ogos 2017 bersamaan 09 Zulhijjah 1438H iaitu Hari Wukuf di Arafah bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji. Maknanya sehari sebelum Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha. Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Bagi umat Islam yang tidak berkemampuan menunaikan ibadah haji di Mekah, mereka menyambut Aidiladha atau Raya korban di Malaysia. Sembelihan binatang korban bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s..Banyak kisah teladan yang berkaitan dengan syariat haji, antaranya; 
1. Sembelihan korban - Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. 
2. Saie - Siti Hajar berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. di tengah-tengah padang pasir yang kontang.
3. Melontar Jamrah - Ibrah daripada Nabi Ibrahim dan Ismail melontar kepada syaitan yang menghasut ketika untuk melakukan korban.
Kemunculan air zam-zam yang tidak pernah kering hingga kini juga bermula dari kisah Nabi Ismail a.s. Begitu banyak ibrah yang berlaku kepada Nabi-nabi untuk dijadikan iktibar kepada kita hari ini. 

Sebagai umat Islam yang merdeka hendaklah perbanyakkan amal ibadah pada Hari raya Aidiladha juga hari Tasryik. Disunatkan bertakbir pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Jika tidak mampu untuk melakukan ibadah korban, kita boleh melipatgandakan amal ibadah yang lain seperti solat sunat, bersedekah dan bermacam-macam amal ibadah lagi. Amalan yang dilaksanakan mestilah ikhlas dan istiqomah.
Kemerdekaan tidak boleh dikecapi tanpa pengorbanan. Insyaallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan