Sabtu, 12 Ogos 2017

INGAT MATI

Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang kekal. Begitu juga dengan kehidupan kita ini. Mati atau meninggal dunia pasti terjadi. Bila, di mana dan bagaimana cara setiap orang itu mati tidak diketahui. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Tazkirah mingguan telah disampaikan oleh Ustazah Siti Maimoon binti Marsio. Orang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan kerana telah berkhidmat hampir 30 tahun. Beliau memilih tajuk tersebut kerana sebelum tu ada ibu pelajar telah meninggal kerana kanser.
Tidak semestinya waktu tua baru sampai ajal. Ada juga yang meninggal ketika kecil, remaja dan ada orang tua yang masih belum meninggal. Begitu juga keadaan ketika mati. Ada yang mati dalam bilik air kerana jatuh, ada yang kemalangan, ada yang lemas dan ada juga yang mati ketika solat, sujud dan pelbagai keadaan lagi. Alangkah indahnya jika kita dapat mati seperti di dalam Masjidil Haram ketika sujud/solat. "Khusnul khatimah"
Walaupun siapa kita, walaupun harta banyak, semua itu akan ditinggalkan di dunia. Hanya amalan yang soleh mengiringi kita ketika mati. Gambaran yang dilakonkan dalam filem boleh dijadikan iktibar contohnya 'Tanah Kubur'. Kisah tersebut memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berbuat kebaikan ketika hidup. Sudah anda bersedia untuk MATI??? Wallahu 'alam.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan