Sabtu, 5 Ogos 2017

DOA

Takirah Jumaat kali ini disampaikan oleh Ustazah Che Gayah. Doa adalah tajuk pilihan. Tiga huruf yang membawa pengertian yang bermakna. Doa ada permintaan atau permohonan dari hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Setiap agama ada cara tersendiri.
Bagi Islam doa dibaca setiap masa baik sebelum, selepas melakukan segala amalan. Dalam solat juga banyak ayat atau kalimah yang dikatakan doa. Kebiasaannya manusia berdoa apabila berada dalam keadaan susah, sakit dan memerlukan hajat. Contohnya berdoa untuk berjaya dalam peperiksaan, temuduga, berdoa untuk mendapat kebahagiaan atau kekayaan.
Sebagai orang Islam kita wajib berdoa kepada Allah. Doa pula ada adab-adabnya tertentu agar permintaan tadi dimakbulkan oleh Allah. Antaranya; berwuduk dan menutup aurat serta banyak lagi. Namun pernah kita lihat orang berdoa dengan tidak menjaga adabnya. Doa hanya perkara yang baik-baik sahaja. Dilarang berdoa untuk perkara yang mungkar. Kita digalakkan berdoa pada setiap masa terutama pada waktu selepas solat. Ada pelbagai jenis doa. Sekiranya tidak tahu dan memahami Bahasa Arab, boleh berdoa dalam bahasa apa yang kita tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui. Begitu juga dalam al-Quran banyak ayat-ayat membawa kepada doa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan