Khamis, 31 Ogos 2017

Nikmati Merdeka, Jiwai Aidiladha

Salam Negaraku Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah 60 tahun Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai transformasi negara dapat dinikmati oleh netizen. Apakah itu dikira MERDEKA. 
Merdeka boleh dimaksudkan dengan pelbagai tafsiran. Kemerdekaan hari ini dikecapi hasil titik peluh pejuang kemerdekaan yang gigih serta sanggup berkorban. Jangan bermegah melaung lafaz keramat 'MERDEKA' jika minda dan maruah masih dijajah.
Kuala Lumpur 2017 (Sukan Sea) melabuhkan tirai menjelang detik Malaysia menyambut kemerdekaan ke-60. Tahniah dan syabas kerana Kontinjen Malaysia mengungguli carta pungutan pingat dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk dinobatkan juara Sukan Sea ke-29. Kegemilangan itu diteruskan dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-60. Syukur Alhamdulillah.

Tanggal 31 Ogos 2017 bersamaan 09 Zulhijjah 1438H iaitu Hari Wukuf di Arafah bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji. Maknanya sehari sebelum Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha. Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Bagi umat Islam yang tidak berkemampuan menunaikan ibadah haji di Mekah, mereka menyambut Aidiladha atau Raya korban di Malaysia. Sembelihan binatang korban bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s..Banyak kisah teladan yang berkaitan dengan syariat haji, antaranya; 
1. Sembelihan korban - Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. 
2. Saie - Siti Hajar berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. di tengah-tengah padang pasir yang kontang.
3. Melontar Jamrah - Ibrah daripada Nabi Ibrahim dan Ismail melontar kepada syaitan yang menghasut ketika untuk melakukan korban.
Kemunculan air zam-zam yang tidak pernah kering hingga kini juga bermula dari kisah Nabi Ismail a.s. Begitu banyak ibrah yang berlaku kepada Nabi-nabi untuk dijadikan iktibar kepada kita hari ini. 

Sebagai umat Islam yang merdeka hendaklah perbanyakkan amal ibadah pada Hari raya Aidiladha juga hari Tasryik. Disunatkan bertakbir pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Jika tidak mampu untuk melakukan ibadah korban, kita boleh melipatgandakan amal ibadah yang lain seperti solat sunat, bersedekah dan bermacam-macam amal ibadah lagi. Amalan yang dilaksanakan mestilah ikhlas dan istiqomah.
Kemerdekaan tidak boleh dikecapi tanpa pengorbanan. Insyaallah....

Sabtu, 26 Ogos 2017

LADAP KBAT

KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ) sesuai diterapkan dalam proses pengajaran dewasa ini. Pelbagai method digunakan sesuai dengan tahap dan perkembangan murid sekarang ini. Hasil Kolabrasi antara Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dengan SK Sungai Lui, program latihan KBAT dalam PdPC untuk guru-guru sekolah Nukleus telah diadakan.
Tujuan program adalah untuk memperkukuhkan pengalaman mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan bilik darjah. 
Program berjalan selama dua hari iaitu pada 17 Ogos 2017 ( 2.00 - 4.00 petang ) dikendalikan oleh pensyarah IPG tersebut iaitu Pn Fuziah bt Abdul Manaf dan Ustazah Dr Zahiah binti Haris @ Harith.  Pada 24 Ogos 2017 ( 2.00 - 4.00 petang ) program dikendalikan pula oleh Pn Kamsiah Ab Rashid, Dr Munira Mohsin dan En Muaaz Muhd.
KBAT telah diberi penekanan dalam PPPM mulai 2013. Guru perlu memilih pendekatan berorientasikan kemahiran berfikir iaitu pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran membuat keputusan serta penyelesaian masalah.
Di sini kongsikan sedikit berkaitan 7 elemen KBAT:
1. Pentaksiran - perubahan dalam pentaksiran
2. Pedagogi - Perubahan dalam pembelajaran murid
3. Kurikulum - Perubahan dalam pembelajaran murid
4. Sumber - Menyediakan sumber KBAT
5. Kokurikulum - KBAT dalam kokurikulum
6. Latihan - Latihan kepada semua yang terlibat
7. Sokongan Masyarakat - Melibatkan masyarakat dalam KBAT

Elemen KBAT : Kemahiran membuat aplikasi, Menganalisis, Mensentisis, Menilai hujah, Taakulan, Refleksi, Menyoal, Menjana Idea baharu, Mereka cipta, Penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang tepat. 
Didedahkan juga pendekatan Pengajaran Berfikir mengikut cadangan John Arul (1997) iaitu pendekatan KADAR.
K - Kenal
A - Ajar
D - Demontrasi
A - Aplikasi
R - Refleksi

Sabtu, 19 Ogos 2017

Peradaban

Tazkirah Jumaat untuk minggu ini ( 18 Ogos 2017 ) telah disampaikan oleh Ustazah Nik Siti Maria. Guru Bahasa Arab SKSL yang banyak berkolabrasi dengan panitia Pend Islam. Ilmu yang banyak dikongsi bersama untuk dijadikan panduan semua. 
Islam mengatur seluruh kehidupan manusia dengan peraturan yang indah berpandukan sumber Al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa peradapan dan peraturan mereka akan lupa, lalai dan ambil sikap enteng dari mengingati Allah seterusnya hanyut dibawa arus kajahilan, kemaksiatan dan hilang rasa ketuhanan dalam diri. Seterusnya mudah terjebak kepada anasir-anasir negatif khususnya dalam bab keimanan. Contoh; Remaja muslimmenyertai dan mendekati golongan Athies.
Peradaban yang diterapkan oleh Islam adalah tidak lain untuk mendidik manusia agar bersabar, lemah lembut, insaf diri dan bertakwa kepada Allah. Sudah pasti Adab itu mampu melestarikan kehidupan setiap muslim yang beriman kepadaNya.
Adab-adab dalam Islam banyak sekali. Antaranya adab makan. Selain dari basuh tangan, baca doa makan, baca doa selepas makan, tidak bercakap dan sebagainya. BARAKAH dalam setiap hidangan atau makanan.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
....sesungguhnya Al-Barakah itu turun ditengah-tengahnya.... Riwayat Ahmad.

Maksud hadis .....Rasulullah s.a.w. apabila dihidangkan sesuatu makanan, beliau memakan makanan yang dekat.

Hadis di atas menerangkan adab semasa makan, dianjurkan makan dimulai di tepi dahulu, barulah dihabiskan makanan hingga ke tengah... dan dilarang membazir. Begitu juga Rasul mengajar umatnya agar tidak gelojoh atau tamak apabila berhadapan dengan makanan....
Wallahu 'alam....


Sabtu, 12 Ogos 2017

INGAT MATI

Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang kekal. Begitu juga dengan kehidupan kita ini. Mati atau meninggal dunia pasti terjadi. Bila, di mana dan bagaimana cara setiap orang itu mati tidak diketahui. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Tazkirah mingguan telah disampaikan oleh Ustazah Siti Maimoon binti Marsio. Orang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan kerana telah berkhidmat hampir 30 tahun. Beliau memilih tajuk tersebut kerana sebelum tu ada ibu pelajar telah meninggal kerana kanser.
Tidak semestinya waktu tua baru sampai ajal. Ada juga yang meninggal ketika kecil, remaja dan ada orang tua yang masih belum meninggal. Begitu juga keadaan ketika mati. Ada yang mati dalam bilik air kerana jatuh, ada yang kemalangan, ada yang lemas dan ada juga yang mati ketika solat, sujud dan pelbagai keadaan lagi. Alangkah indahnya jika kita dapat mati seperti di dalam Masjidil Haram ketika sujud/solat. "Khusnul khatimah"
Walaupun siapa kita, walaupun harta banyak, semua itu akan ditinggalkan di dunia. Hanya amalan yang soleh mengiringi kita ketika mati. Gambaran yang dilakonkan dalam filem boleh dijadikan iktibar contohnya 'Tanah Kubur'. Kisah tersebut memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berbuat kebaikan ketika hidup. Sudah anda bersedia untuk MATI??? Wallahu 'alam.....



Sabtu, 5 Ogos 2017

DOA

Takirah Jumaat kali ini disampaikan oleh Ustazah Che Gayah. Doa adalah tajuk pilihan. Tiga huruf yang membawa pengertian yang bermakna. Doa ada permintaan atau permohonan dari hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Setiap agama ada cara tersendiri.
Bagi Islam doa dibaca setiap masa baik sebelum, selepas melakukan segala amalan. Dalam solat juga banyak ayat atau kalimah yang dikatakan doa. Kebiasaannya manusia berdoa apabila berada dalam keadaan susah, sakit dan memerlukan hajat. Contohnya berdoa untuk berjaya dalam peperiksaan, temuduga, berdoa untuk mendapat kebahagiaan atau kekayaan.
Sebagai orang Islam kita wajib berdoa kepada Allah. Doa pula ada adab-adabnya tertentu agar permintaan tadi dimakbulkan oleh Allah. Antaranya; berwuduk dan menutup aurat serta banyak lagi. Namun pernah kita lihat orang berdoa dengan tidak menjaga adabnya. Doa hanya perkara yang baik-baik sahaja. Dilarang berdoa untuk perkara yang mungkar. Kita digalakkan berdoa pada setiap masa terutama pada waktu selepas solat. Ada pelbagai jenis doa. Sekiranya tidak tahu dan memahami Bahasa Arab, boleh berdoa dalam bahasa apa yang kita tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui. Begitu juga dalam al-Quran banyak ayat-ayat membawa kepada doa.