Ramadhan menjelma lagi. Bulan umat Islam menggandakan amalan sebanyak mungkin. Ramadhan pada bahasa bermaksud panas. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka.
"Bulan
Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia
dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
(antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di
bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu"...
Bulan
Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang istimewa
buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan. Seperti yang
kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa berbeza
dengan bulan lain. Pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini
antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran.
Di samping
itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan
Lailatul Qadar padanya, solat terawih dan amal ibadah dilipat gandakan
pahalanya. Semua ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga
merupakan bulan tarbiyah yakni yang malas melakukan ibadat sunat,
mengamalkannya dalam bulan ini.
Firman Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa".
Nama lain bagi bulan Ramadhan :
1. Saiyidus Syuhur - Penghulu sekalian bulan
2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa
3. Syahrul Quran - Bulan Quran
4. Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran
5. Syahrul Rahmah - Bulan Kerahmatan
6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan
7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan/Bebas dari api Neraka
8. Syahrul Jud - Bulan Bermurah Hati
9. Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Ibadah Ramadhan
1. Puasa pada siang hari mulai terbit fajar sidiq hingga terbenam matahari
2. Hidupkan malam dengan ibadah seperti Qiamulail
3. Bertadarus al-Quran (individu atau kumpulan)
4. Perbanyakkan amalan solat sunat termasuk solat sunat terawikh
5. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
6. Perbanyakkan bersedekah
7. Bersahur sebelum berpuasa
8. Beriktikaf pada 10 malam terakhir
9. Memberi makan kepada orang berpuasa (berbuka puasa)
10. Sederhana dalam berbelanja
11. Elakkan pembaziran dan boros
12. Menjaga pancaindera
13. Menghadiri majlis ilmu/kuliah
14. Umrah (bagi yang berkemampuan)
SELAMAT BERPUASA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan