Rabu, 8 Jun 2016

IHYA RAMADHAN 1437H

1.      Muqaddimah

“Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka”

 Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

Bulan Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa berbeza dengan bulan lain. Pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. 
       Di samping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar padanya, solat terawih dan amal ibadah dilipat gandakan pahalanya. Semua ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga merupakan bulan tarbiyah yakni yang malas melakukan ibadat sunat, mengamalkannya dalam bulan ini.

      Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Sebagai tanda syukur dan gembira menyambut  Ramadhan al-Mubarak,  setiap individu muslim hendaklah meraikannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang diredhai Allah.

       Ia juga merupakan satu usaha ke arah memantapkan diri agar menjadi insan kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam. Di samping itu juga amalan berpuasa mampu membentuk disiplin diri individu muslim sejati seterusnya dapat memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia.   Panitia Pendidkan Islam, Sekolah Kebangsaan Sungai Lui berhasrat menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik jiwa.


2.      Matlamat
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan untuk semua warga SKSL agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3.   Objektif
3.1.   Melahirkan warga SKSL yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al-Mubarak.
3.2.   Melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah  dan peristiwanya.
3.3.   Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri pelajar seperti para mukminin.
3.4.   Melahirkan pelajar yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam yang semakin dilupai  umat akhir zaman.
3.5.   Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan.
3.6.   Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
3.7.   Melahirkan pelajar yang sentiasa memperjuangkan Islam walau di mana berada.

4.      Sasaran
4.1.   Pelajar SKSL
4.2.   Guru dan kaki tangan SKSL
4.3.   Ibu bapa pelajar SKSL
4.4.   Masyarakat kampung Sungai Lui

5.      Cadangan Aktiviti sepanjang Ihya’ Ramadhan
5.1.      Tadarus al-Quran Guru dan Murid
5.2.      Khatam al-Quran Guru dan Murid
5.3.      Tazkirah bingkisan Ramadhan setiap pagi
5.4.      Bubur lambuk
5.5.      Sumbangan anak yatim
5.6.      Sumbangan saudara baru ( Murid Asli Islam )
5.7.      Sumbangan barangan dapur/keperluan ( keluarga Orang Asli Islam )
5.8.      Kempen Menderma ( Infaq Ramadhan )
4.10.   Pemberian duit raya kepada semua murid SKSL
4.11.   Iftar Jama’ie
4.12.  Tayangan Sirah Anbiya’ kepada murid yang tidak terlibat dengan Tadarus
4.13.  Pertandingan seperti mencipta kad raya kreatif, pembinaan folio, kuiz harian, hafazan,

          tulisan  cantik, buku kemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan