Ahad, 26 Jun 2016

IHYA RAMADHAN MINGGU 2

BUBUR LAMBUK
Selasa, 21Jun 2016 bersamaan 16 Ramadhan 1437H - aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Lui iaitu 'Jom Kacau Bubur' telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah, bubur lambuk dapat diagihkan kepada semua warga D'Lui termasuk murid, guru, kakitangan dan pekerja swasta. Terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan program tahunan ini.

KHATAM QURAN - GURU
Jumaat, 24 Jun 2016 bersamaan 19 Ramadhan 1437H - Majlis Khatam Quran di kalangan para pendidik SK Sungai Lui buat julung kali diadakan. Kerjasama dan sokongan semua guru untuk turut serta dalam mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Insyaallah aktiviti tadarus dan khatam guru akan dilaksanakan pada setiap tahun.

IFTAR JAMA'IE
Hari yang sama dengan khatam juga diadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran panitia Pendidikan Islam dengan sokongan dan kerjasama Warga D'Lui. Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan 'Bicara 30 minit bersama Cikgu Anuar'. Diikuti berbuka puasa, solat maghrib dan makan malam. Sekali lagi pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih atas penglibatan Warga D'Lui. Insyaallah ukhuwah yang terbina akan berkekalan ke Jannah.

Sabtu, 18 Jun 2016

IHYA RAMADHAN MINGGU 1

Program Ihya Ramadhan 1437H SK Sungai Lui dijalankan seperti biasa melibat semua Warga D'Lui yang dikelolai oleh Panitia Pendidikan Islam. Pelancaran bulan Panitia sekalikan dengan Program Ihya Ramadhan yang telah disempurnakan oleh GPK Kurikulum (Pn Hjh Maziah bt Ismail).
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi (Pn Che Gayah), diikuti bacaan doa (Us Aluwi), Ucapan Perasmian, Bacaan Yaasin dan tahlil pimpinan Us Ku Ismail, Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh En Shaiful Nizam. Pada waktu rehat tadarus mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Bagi murid yang tidak terlibat dengan tadarus diadakan tayangan berkaitan sirah Anbiya' di dewan di bawah kendalian Cikgu Anuar.

Rabu, 8 Jun 2016

IHYA RAMADHAN 1437H

1.      Muqaddimah

“Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka”

 Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

Bulan Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa berbeza dengan bulan lain. Pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. 
       Di samping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar padanya, solat terawih dan amal ibadah dilipat gandakan pahalanya. Semua ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga merupakan bulan tarbiyah yakni yang malas melakukan ibadat sunat, mengamalkannya dalam bulan ini.

      Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Sebagai tanda syukur dan gembira menyambut  Ramadhan al-Mubarak,  setiap individu muslim hendaklah meraikannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang diredhai Allah.

       Ia juga merupakan satu usaha ke arah memantapkan diri agar menjadi insan kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam. Di samping itu juga amalan berpuasa mampu membentuk disiplin diri individu muslim sejati seterusnya dapat memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia.   Panitia Pendidkan Islam, Sekolah Kebangsaan Sungai Lui berhasrat menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik jiwa.


2.      Matlamat
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan untuk semua warga SKSL agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3.   Objektif
3.1.   Melahirkan warga SKSL yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al-Mubarak.
3.2.   Melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah  dan peristiwanya.
3.3.   Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri pelajar seperti para mukminin.
3.4.   Melahirkan pelajar yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam yang semakin dilupai  umat akhir zaman.
3.5.   Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan.
3.6.   Mengeratkan ukhwah antara seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
3.7.   Melahirkan pelajar yang sentiasa memperjuangkan Islam walau di mana berada.

4.      Sasaran
4.1.   Pelajar SKSL
4.2.   Guru dan kaki tangan SKSL
4.3.   Ibu bapa pelajar SKSL
4.4.   Masyarakat kampung Sungai Lui

5.      Cadangan Aktiviti sepanjang Ihya’ Ramadhan
5.1.      Tadarus al-Quran Guru dan Murid
5.2.      Khatam al-Quran Guru dan Murid
5.3.      Tazkirah bingkisan Ramadhan setiap pagi
5.4.      Bubur lambuk
5.5.      Sumbangan anak yatim
5.6.      Sumbangan saudara baru ( Murid Asli Islam )
5.7.      Sumbangan barangan dapur/keperluan ( keluarga Orang Asli Islam )
5.8.      Kempen Menderma ( Infaq Ramadhan )
4.10.   Pemberian duit raya kepada semua murid SKSL
4.11.   Iftar Jama’ie
4.12.  Tayangan Sirah Anbiya’ kepada murid yang tidak terlibat dengan Tadarus
4.13.  Pertandingan seperti mencipta kad raya kreatif, pembinaan folio, kuiz harian, hafazan,

          tulisan  cantik, buku kemas.

Ahad, 5 Jun 2016

RAMADHAN 1437H

 

Ramadhan menjelma lagi. Bulan umat Islam menggandakan amalan sebanyak mungkin. Ramadhan pada bahasa bermaksud panas. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka.

"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu"...

Bulan Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa berbeza dengan bulan lain. Pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. 
       Di samping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar padanya, solat terawih dan amal ibadah dilipat gandakan pahalanya. Semua ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga merupakan bulan tarbiyah yakni yang malas melakukan ibadat sunat, mengamalkannya dalam bulan ini.

Firman Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa".

Nama lain bagi bulan Ramadhan :
1. Saiyidus Syuhur - Penghulu sekalian bulan
2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa
3. Syahrul Quran - Bulan Quran
4. Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran
5. Syahrul Rahmah - Bulan Kerahmatan
6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan
7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan/Bebas dari api Neraka
8. Syahrul Jud - Bulan Bermurah Hati
9. Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan

Ibadah Ramadhan
1. Puasa pada siang hari mulai terbit fajar sidiq hingga terbenam matahari
2. Hidupkan malam dengan ibadah seperti Qiamulail
3. Bertadarus al-Quran (individu atau kumpulan)
4. Perbanyakkan amalan solat sunat termasuk solat sunat terawikh
5. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
6. Perbanyakkan bersedekah
7. Bersahur sebelum berpuasa
8. Beriktikaf pada 10 malam terakhir
9. Memberi makan kepada orang berpuasa (berbuka puasa)
10. Sederhana dalam berbelanja
11. Elakkan pembaziran dan boros
12. Menjaga pancaindera
13. Menghadiri majlis ilmu/kuliah
14. Umrah (bagi yang berkemampuan)

SELAMAT BERPUASA... 

PEGAWAI PERHUBUNGAN ( LO )

Apa itu LO
Liaison Officer (LO) atau Pegawai Perhubungan. Jawatankuasa yang penting dalam majlis/acara atau sambutan peringkat tinggi seperti kebangsaan atau antarabangsa. LO atau pegawai perhubungan negeri akan membantu setiap negeri atau negara bagi memudahkan setiap peserta/kontinjen yang menyertai sesuatu acara. Ia juga menjadi duta kepada jabatan atau tuan rumah penganjuran.
       Penulis ingin berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan tugasan dan etika seorang LO yang dilantik setelah dilantik menjadi penyelaras LO dua tahun berturut-turut dalam program peringkat kebangsaan iaitu Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA pada 2015 dan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM pada 2016. 

Tanggunjawab Pegawai Perhubungan ( LO )
1. Kenal pasti dipertanggungjawabkan kepada siapa. Dapatkan nombor telefon dan hubungi tetamu kita terlebih dahulu sebagai 'salam perkenalan'. 
2. Hubungi lagi sebelum acara berlangsung bagi tujuan keperluan beliau seperti penginapan (hotel/homestay), pengangkutan, ketibaan dan lain-lain lagi.
3. Sentiasa menepati masa, etika berpakaian, protokol, etika sosial (senyuman/sapaan/budi bahasa).
4. Melengkapkan diri dengan info-info tentang program, kawasan setempat, tempat-tempat yang menarik ( tempat makan/lawatan).
5. Mengiringi dan melayan tetamu bermula ketibaan hingga selesai acara (perjalanan balik).
6. Sentiasa meminta izin sebelum meninggal tetamu kerana anda merupakan 'pengiring'. 
7. Skop tugasan : sepenuh masa dan setiap masa (bila diperlukan).
8. Menyampaikan info-info berkaitan acara.
9. Sentiasa berhubung dengan penyelaras atau urus setia.

Ciri-ciri LO
1. Berpakaian kemas dan personaliti menarik (sedap mata memandang).
2. Sentiasa senyum.
3. Sentiasa menawarkan perkhidmatan kepada tetamu
4. Berpengetahuan dan bijak menyelesaikan masalah
5. Komited dan ikhlas berkhidmat kepada tetamu
6. Komunikasi yang mudah difahami dan sopan (salutasi)
7. Sanggup berkhidmat tanpa mengira masa (on-call)

Cabaran LO
1. Tetamu tidak menepati masa
2. Sukar mendapat kerjasama
3. Sering berlaku perubahan
4. 'Tidak mesra alam'
5. Permintaan diluar skop kerja

Kesimpulannya, keseronokan dan kepuasan akan dirasai sekiranya LO dapat menjalankan tugas dengan jayanya. Nama baik organisasi/jabatan akan disanjung serta mendapat pujian. Tetamu akan memberikan 'tips' atau buah tangan sekiranya layanan memuaskan.
       Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh bakal-bakal LO. Anda cermin kepada jabatan/organisasi. 







Sabtu, 4 Jun 2016

KDSS 2016

Persembahan montaj ini dihasilkan oleh crew SPI Production... Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Selangor sempena majlis penutupan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM yang berlangsung di IPIG Kampus Bangi. Tahniah.