1. Muqaddimah
“Permulaannya
rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api neraka”
Bulan
Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia
dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
(antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa di antara kamu hadir di
bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
Bulan
Ramadhan datangnya dinanti, perginya ditangisi. Merupakan bulan yang istimewa
buat umat Islam. Seperti yang
kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa berbeza
dengan bulan lain. Pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini
antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran.
Di samping itu, ia mempunyai pelbagai
kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar padanya, solat
terawih dan amal ibadah dilipat gandakan pahalanya. Semua ini hanya terdapat
dalam bulan Ramadhan sahaja. Ia juga merupakan bulan tarbiyah yakni yang malas
melakukan ibadat sunat, mengamalkannya dalam bulan ini.
Justeru itu, program ini dirancang
dan dilaksanakan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang
dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan
penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Sebagai tanda syukur dan
gembira menyambut Ramadhan al-Mubarak, setiap individu muslim hendaklah meraikannya
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang diredhai Allah.
Ia juga merupakan satu usaha ke arah
memantapkan diri agar menjadi insan kamil selaras dengan Falsafah Pendidikan
Islam. Di samping itu juga amalan berpuasa mampu membentuk disiplin diri
individu muslim sejati seterusnya dapat memperlihatkan keindahan Islam di mata
dunia. Panitia Pendidkan Islam, Sekolah Kebangsaan Sungai Lui
berhasrat menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik
jiwa.
2. Matlamat
Menjana dan menyelaras
program pembangunan modal insan untuk semua warga SKSL agar penghayatan Ramadan
dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
supaya cita-cita melahirkan generasi
khaira ummah tercapai.
3. Objektif
3.1.
Melahirkan warga SKSL yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan
al-Mubarak.
3.2.
Melahirkan
pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran
Allah dan peristiwanya.
3.3.
Melahirkan
perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri pelajar seperti para mukminin.
3.4.
Melahirkan
pelajar yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam yang semakin
dilupai umat akhir zaman.
3.5.
Menyuburkan
lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan.
3.6.
Mengeratkan
ukhwah antara seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
3.7.
Melahirkan
pelajar yang sentiasa memperjuangkan Islam walau di mana berada.
4.
Sasaran
4.1.
Pelajar
SKSL
4.2.
Guru
dan kaki tangan SKSL
4.3.
Ibu
bapa pelajar SKSL
4.4.
Masyarakat
kampung Sungai Lui
5. Cadangan Aktiviti sepanjang Ihya’
Ramadhan
5.1.
Tadarus al-Quran Guru dan Murid
5.2.
Khatam al-Quran Guru dan Murid
5.3.
Tazkirah
bingkisan Ramadhan setiap pagi
5.4.
Bubur lambuk
5.5.
Sumbangan
anak yatim
5.6.
Sumbangan saudara baru ( Murid Asli Islam )
5.7.
Sumbangan barangan dapur/keperluan (
keluarga Orang Asli Islam )
5.8.
Kempen
Menderma ( Infaq Ramadhan )
4.10. Pemberian duit raya kepada semua murid SKSL
4.11. Iftar Jama’ie
4.12. Tayangan Sirah Anbiya’ kepada murid yang tidak terlibat dengan Tadarus
4.13. Pertandingan seperti mencipta kad raya
kreatif, pembinaan folio, kuiz harian, hafazan,
tulisan cantik, buku kemas.