Sabtu, 21 Januari 2017

Yaasin Mingguan

Alhamdulillah.... 2017 bersua lagi. Segala puji dan syukur kepadaMu Ya Allah.

Panitia Pendidikan Islam meneruskan kesinambungan program dakwah di sekolah. Aktiviti kerohanian seiring dengan akademik pelajar. Seperti tahun sebelum, bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat diteruskan. Pada 2017, ditambah lagi dengan tazkirah ringkas oleh GPI secara bergilir-gilir selepas bacaan Yaasin. Bacaan Yaasin diketuai oleh GPI lelaki yang terdiri daripada Us Mohd Fazly (Ketua panitia), Us Ku Ismail dan Us Aluwi. Manakala tazkirah ringkas melibatkan semua GPI dan Bahasa Arab. ( Ust che Gayah, Ust Siti Maimon dan Ust nik Siti Maria ).
Harapan pengisian rohani ini dapat membantu sahsiah pelajar menjadi pelajar kamil dunia dan akhirat.
# Alquran manual Kehidupan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan