Ahad, 15 Januari 2017

Solat Hajat Bulanan

Alhamdulillah.... 2017 (05/01/17) masuk tahun ketiga Panitia mengadakan program solat hajat bulanan. Pada tahun ini sambutan amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa program sebegini mendapat sambutan daripada ibu bapa dan penjaga terutamanya yang ada anak di Tahun 6. Terima kasih juga kepada Ustaz Ku Ismail yang sentiasa mengetuai majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada Ustaz Aluwi yang sentiasa menyediakan juadah dan rakan-rakan guru lain yang membawa juadah masing-masing.
Solat hajat bulanan ini dilaksanakan setiap khamis/Jumaat awal bulan berkonsepkan 'potlak'. Tiada paksaan kepada guru yang nak hadir atau pun sebaliknya. Bukan semua berkelapangan untuk turut hadir. Masing-masing ada komitmen tersendiri.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada setiap bulan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Insyaallah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan