Sabtu, 21 Januari 2017

Yaasin Mingguan

Alhamdulillah.... 2017 bersua lagi. Segala puji dan syukur kepadaMu Ya Allah.

Panitia Pendidikan Islam meneruskan kesinambungan program dakwah di sekolah. Aktiviti kerohanian seiring dengan akademik pelajar. Seperti tahun sebelum, bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat diteruskan. Pada 2017, ditambah lagi dengan tazkirah ringkas oleh GPI secara bergilir-gilir selepas bacaan Yaasin. Bacaan Yaasin diketuai oleh GPI lelaki yang terdiri daripada Us Mohd Fazly (Ketua panitia), Us Ku Ismail dan Us Aluwi. Manakala tazkirah ringkas melibatkan semua GPI dan Bahasa Arab. ( Ust che Gayah, Ust Siti Maimon dan Ust nik Siti Maria ).
Harapan pengisian rohani ini dapat membantu sahsiah pelajar menjadi pelajar kamil dunia dan akhirat.
# Alquran manual Kehidupan.








Ahad, 15 Januari 2017

Solat Hajat Bulanan

Alhamdulillah.... 2017 (05/01/17) masuk tahun ketiga Panitia mengadakan program solat hajat bulanan. Pada tahun ini sambutan amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa program sebegini mendapat sambutan daripada ibu bapa dan penjaga terutamanya yang ada anak di Tahun 6. Terima kasih juga kepada Ustaz Ku Ismail yang sentiasa mengetuai majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada Ustaz Aluwi yang sentiasa menyediakan juadah dan rakan-rakan guru lain yang membawa juadah masing-masing.
Solat hajat bulanan ini dilaksanakan setiap khamis/Jumaat awal bulan berkonsepkan 'potlak'. Tiada paksaan kepada guru yang nak hadir atau pun sebaliknya. Bukan semua berkelapangan untuk turut hadir. Masing-masing ada komitmen tersendiri.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada setiap bulan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Insyaallah.




Isnin, 2 Januari 2017

RPT PENDIDIKAN ISLAM 2017

Assalamualaikum....
Saban tahun menjelang tahun baru atau bila sesi persekolahan akan bermula masing-masing sibuk mencari apa yang perlu untuk tahun baru. Tidak kurang juga dengan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada hal tahun lepas dah buat. Tak pe, di sini boleh buat rujukan mana yang perlu.

DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 ( Semakan )
DSK Pendidikan Islam Tahun 2
DSK Pendidikan Islam Tahun 3

RPT 1-6

Terima kasih kepada http://rohaizan-othman.blogspot.my/ atas perkongsian....