Khamis, 22 Jun 2017

#QuranHour

#MalaysiaNgaji atau #QuranHour merupakan kempen untuk memartabatkan al-Quran. Program ini adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam (PPA) seluruh Malaysia. Tarikh 19 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadhan 1438H merupakan pilihaqn tarikh untuk aktiviti tersebut. Dalam tempoh 1 jam secara serentak di seluruh Malaysia akan membaca al-Quran. Kempen ini merupakan betapa utuh dan kuatnya perkembangan syiar Islam di Malaysia dalam mendekati al-Quran. Semua peringkat baik jabatan kerajaan, sekolah mahupun masjid dan surau akan mengalunkan bacaan al-Quran, Tadabbur Quran dan seumpamanya.
Di SKSL telah dijalankan Tadabbur al-Quran secara beramai-ramai. Semua murid dikumpulkan dalam dewan. Dimulai dengan surah Al-Fatihah. Murid diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran kemudian semua murid dan guru sama-sam membacanya. Kemudian GPI akan memberi tafsiran ringkasan serta ulasan berkaitan surah secara bergilir-gilir hingga jam 1.00 petang. Bermula al-Fatihah diikuti surah an-Nas hinggalah Surah al-A'diyat. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan