Selasa, 27 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H
MAAF ZAHIR BATIN
kepada
Seluruh Warga D'Lui

Sumbangan Raya

Menjelang Aidilfitri dan sebelum berakhir Ramadhan seperti biasa Panitia Pendidikan Islam SKSL menganjur dan mengadakan pelbagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan agar kemeriahan hari lebaran dikongsi sama. Hasil kutipan dana Infa' Ramadhan dari murid, ibu bapa, penjaga, guru-guru dan orang perseorangan mulai 13 Jun 2017 atau 18 Ramadhan. Ini kerana persekolahan pada bulan Ramadhan hanya 9 hari sahaja. Pada awal Ramadhan jatuh dalam cuti sekolah. Dalam tempoh yang terhad, tak banyak sangat kutipan yang boleh dibuat. Begitu juga dengan program Ihya Ramadhan ada yang digugurkan. Namun dalam keterbatasan masa sumbangan kepada golongan yang memerlukan tidak dilupakan.
Sumbangan tersebut, sumbangan barangan dapur kepada keluarga kurang mampu, sumbangan wang kepada murid kurang mampu, anak yatim, duit raya dan sumbangan kepada peserta tadarus. Majlis penyerahan sumbangan juga dilakukan secara berperingkat pada 22 Jun 2017 sebelum murid balik sekolah. Ini kerana pada hari tersebut ada murid yang balik pada jam 12.00 t/hari, 12.20 t/hari dan 13.20 t/hari. Agak sukar untuk menyelaras aktiviti agar perjalanan majlis nampak lancar. Majlis dimulai dengan sumbangan kepada keluarga kurang mampu dan sumbangan kepada murid pra. Diikuti murid tahap 1 dan tahap 2. Majlis khatam murid turut diadakan pada hari tersebut.
Hanya ini sahaja yang mampu dilaksana oleh Panitia Pendidikan Islam untuk memeriahkan madrasah Ramadhan pada tahun 1438H. Segala kekurangan mohon dimaafi. Harapan agar aktiviti sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang. Segala amalan dalam bulan Ramadhan diteruskan sepanjang tahun. Mana yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik disempadani. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN
Daripada Panitia Pendidikan Islam
SK Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.




Jumaat, 23 Jun 2017

Bubur Lambuk D'Lui

Sinonim dengan bulan Ramadhan. Bubur Lambuk adalah rutin tahunan program Ihya Ramadhan. Berbezanya adalah rasanya dan orang yang mengendalikan termasuk mengacau bubur lambuk. Kerana saban tahun ada penambahan dan pertukaran guru ke SKSL. Pada Tahun 1438H merupakan pengalaman mengacau bubur lambuk pertama bagi GB En Salehuddin di SKSL.
Pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H, sebagaimana yang telah dirancang aktiviti menyediakan bubur lambuk berjaya dilaksanakan. Seawal jam 8.00 pagi guru yang terlibat telah sedia menguruskan tugas masing-masing. Hampir jam 11.00 pagi bubur lambuk telah siap dimasak dan sedia untuk diagihkan kepada semua murid, guru, kakitangan dan kakitangan pembersihan. Agihan untuk murid dilakukan sejurus waktu pembelajaran tamat dan murid terus pulang.
Alhamdulillah kerjasama Warga D'Lui dalam menyediakan bubur lambuk telah mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program bubur lambuk. Segala kekurangan mohon dimaafi.