Sabtu, 27 Mei 2017

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum....
Madrasah Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah syukur kerana kita antara orang yang beruntung dapat bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk beramal dengan sebanyak-banyaknya. Bulan yang dilipatgandakan pahala.
Justeru itu, jadilah puasa kita diterima Allah dengan amalan sunat yang lain. Ada orang berpuasa tetapi hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja. Ada orang berpuasa tetapi ibadah lain dilupakan. 

Ya Allah, bulan Ramadhan telah mendatangi kami, anugerahkan kami dengan keimanan dan keamanan serta keselamatan dan Islam.
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan, dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
Semoga kita semua dapat semaksimun ganjalan di bulan al Mubarak ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan