Ahad, 28 Mei 2017

Puasa

Ibadah puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga. Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. Berikut adalah ulangkaji bab puasa.

Sabtu, 27 Mei 2017

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum....
Madrasah Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah syukur kerana kita antara orang yang beruntung dapat bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk beramal dengan sebanyak-banyaknya. Bulan yang dilipatgandakan pahala.
Justeru itu, jadilah puasa kita diterima Allah dengan amalan sunat yang lain. Ada orang berpuasa tetapi hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja. Ada orang berpuasa tetapi ibadah lain dilupakan. 

Ya Allah, bulan Ramadhan telah mendatangi kami, anugerahkan kami dengan keimanan dan keamanan serta keselamatan dan Islam.
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan, dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
Semoga kita semua dapat semaksimun ganjalan di bulan al Mubarak ini.


Rabu, 17 Mei 2017

Pekeliling pelaksanaan Program j-QAF

Assalamualaikum....
j-QAF adalah satu program Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Semua sekolah mesti melaksanakan program ini walaupun tiada lagi istilah guru j-QAF. Guru j-QAF telah ditransformasikan kepada GPI. Program tetap ada dan berjalan seperti biasa.



Ahad, 14 Mei 2017

DOA

السلام عليكم ورحمة الله
DOA. Hanya 3 huruf tetapi impaknya amat besar. Apa itu doa? Doa itu permohonan atau permintaan. Lebih jelas lagi doa ialah permohonan atau permintaan seseorang hamba kepada Allah. Umat Islam wajib berdoa kepada Allah pada setiap masa. Ia juga senjata mukmin. Kita boleh berdoa dalam apa jua bahasa yang kita tahu dan tidak semestinya Bahasa Arab.
Banyak perkara yang boleh dicoretkan dengan doa ini, antaranya adab berdoa, waktu mustajab dan pelbagai lagi. Di lain bicara kita akan membincangkan tentang doa secara terperinci.