Sabtu, 29 April 2017

Isra' Mikraj

27 Rejab saban tahun. Sambutan Isra' Mikraj diadakan bagi memperingati peristiwa yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Pelbagai aktiviti diadakan bagi meneruskan kesinambungan syiar Islam ini tidak pupus. Generasi kini perlu tahu dan mengambil ibrah dari kisah ini. 
Dari sirah ini, perintah solat yang menjadi amalan pertama dihisab mula disyariatkan. Isra' merupakan perjalanan Nabi dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Mikraj pula ialah Nabi diperjalanan ke langit bertemu dengan Allah. Sebelum peristiwa ini baginda telah kehilangan dua insan yang paling disayangi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib. Tahun itu dikenali dengan Tahun dukacita ( عام الحزن ) . Untuk menghiburkan hati baginda maka berlaku peristiwa ini. Nabi telah dibelah dada dan hatinya dibersihkan dengan air zam zam. Nabi diperjalankan dari Masjidil haram ke masjidil Aqsa  di Palestin yang jaraknya lebih kuran 2000 km dan naik ke langit seterusnya pulang semula ke Mekah hanya dalam satu malam sahaja. Ini mustahil berlaku mengikut akal manusia, tetapi kehendak Allah pasti berlaku.
Banyak lagi kisah Isra' Mikraj yang sebenarnya.... tapi penulis hanya menukilkan pengenalan sahaja. Namun Ibrah daripada peristiwa ini, antaranya:
1. Sebelum melakukan segala ibadah kita mestilah berada dalam keadaan bersih. Ini dapat dilihat Nabi dicucikan hati terlebih dahulu.
2. Hati adalah segala punca setiap tindakan. Oleh itu, hati mesti bersih dan baik.
3. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Sebagaimana Nabi kehilangan orang tersayang dan Allah jadikan peristiwa ini.
4. Kenderaan terpantas abad ini tidak boleh menandingi kekuasaan Allah.
5. Balasan orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah sebagaimana digambarkan.

Perkara utama yang hendaklah disampaikan dalam peristiwa ini ialah solat. Ini kerana solat itu mencegah perbuatan yang mungkar.


Di SK Sungai Lui, Sambutan Isra' Mikraj diadakan dengan aktiviti forum. Ia melibatkan GPI sekolah sendiri sahaja yang dipengerusikan/mederator Us Mohd Fazly. Ahli panel terdiri daripada Us Aluwi, Us Ku Ismail dan Ustz Che Gayah. Forum bermula jam 8 pagi dan berakhir hampir jam 10 pagi. Insyaallah penyampaian dakwah kepada murid boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan