Sabtu, 29 April 2017

Isra' Mikraj

27 Rejab saban tahun. Sambutan Isra' Mikraj diadakan bagi memperingati peristiwa yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Pelbagai aktiviti diadakan bagi meneruskan kesinambungan syiar Islam ini tidak pupus. Generasi kini perlu tahu dan mengambil ibrah dari kisah ini. 
Dari sirah ini, perintah solat yang menjadi amalan pertama dihisab mula disyariatkan. Isra' merupakan perjalanan Nabi dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Mikraj pula ialah Nabi diperjalanan ke langit bertemu dengan Allah. Sebelum peristiwa ini baginda telah kehilangan dua insan yang paling disayangi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib. Tahun itu dikenali dengan Tahun dukacita ( عام الحزن ) . Untuk menghiburkan hati baginda maka berlaku peristiwa ini. Nabi telah dibelah dada dan hatinya dibersihkan dengan air zam zam. Nabi diperjalankan dari Masjidil haram ke masjidil Aqsa  di Palestin yang jaraknya lebih kuran 2000 km dan naik ke langit seterusnya pulang semula ke Mekah hanya dalam satu malam sahaja. Ini mustahil berlaku mengikut akal manusia, tetapi kehendak Allah pasti berlaku.
Banyak lagi kisah Isra' Mikraj yang sebenarnya.... tapi penulis hanya menukilkan pengenalan sahaja. Namun Ibrah daripada peristiwa ini, antaranya:
1. Sebelum melakukan segala ibadah kita mestilah berada dalam keadaan bersih. Ini dapat dilihat Nabi dicucikan hati terlebih dahulu.
2. Hati adalah segala punca setiap tindakan. Oleh itu, hati mesti bersih dan baik.
3. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Sebagaimana Nabi kehilangan orang tersayang dan Allah jadikan peristiwa ini.
4. Kenderaan terpantas abad ini tidak boleh menandingi kekuasaan Allah.
5. Balasan orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah sebagaimana digambarkan.

Perkara utama yang hendaklah disampaikan dalam peristiwa ini ialah solat. Ini kerana solat itu mencegah perbuatan yang mungkar.


Di SK Sungai Lui, Sambutan Isra' Mikraj diadakan dengan aktiviti forum. Ia melibatkan GPI sekolah sendiri sahaja yang dipengerusikan/mederator Us Mohd Fazly. Ahli panel terdiri daripada Us Aluwi, Us Ku Ismail dan Ustz Che Gayah. Forum bermula jam 8 pagi dan berakhir hampir jam 10 pagi. Insyaallah penyampaian dakwah kepada murid boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.....







Ahad, 9 April 2017

MTQSS Negeri Selangor 1438/2017

Kesinambungan MTQSS peringkat zon dan daerah. Maka MTQSS peringkat negeri Selangor telah diadakan di SMK Puncak Alam 2, Kuala Selangor pada 08 April 2017. Walaupun SK Sungai Lui tidak menghantar peserta namun wakil SK Sungai Lui tetap terlibat sebagai jurulatih bagi acara bercerita. Alhamdulillah peserta atau kontinjen Hulu Langat telah mendapat johan sekolah rendah dan johan keseluruhan pada edisi ke 43 ni.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Amiruddin, ADUN Jeram. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Bagi yang kurang berjaya bukan bererti anda kalah. Sebaliknya jadikan ia sebagai permulaan untuk mengorak langkah. Teruskan berusaha.

Berikut keputusan MTQSS Peringkat Negeri Selangor 2017:
Kategori Sekolah Rendah
Tilawah L    : Johan - Petaling Perdana     N/Johan - Kuala Langat            Ketiga - Klang
Tilawah P    : Johan - HULU LANGAT    N/Johan - Kuala Langat            Ketiga - Klang
Hafazan L   : Johan - Kuala Selangor        N/Johan - HULU LANGAT     Ketiga - Gombak
Hafazan P   : Johan - Petaling Utama        N/Johan - Gombak                   Ketiga - Sabak Bernam
Bercerita L : Johan - HULU LANGAT     N/Johan - Kuala Selangor        Ketiga - Sabak Bernam
Bercerita P : Johan - HULU LANGAT     N/Johan - Petaling Perdana      Ketiga - Gombak
Keseluruhan SR : HULU LANGAT

Kategori Sekolah Menengah
Tilawah L    : Johan - Gombak                 N/Johan - Petaling Perdana       Ketiga - Sabak Bernam
Tilawah P    : Johan - Sepang                   N/Johan - HULU LANGAT      Ketiga - Gombak
Hafazan L   : Johan - HULU LANGAT   N/Johan - Sabak Bernam           Ketiga - Klang
Hafazan P   : Johan - HULU LANGAT   N/Johan - Kuala Selangor          Ketiga - Kuala Langat
Syarahan L : Johan - Kuala Selangor       N/Johan - Gombak                    Ketiga - Klang
Syarahan P : Johan - Kuala Selangor       N/johan - Kuala Langat             Ketiga - Petaling Perdana
Keseluruhan SM : Kuala Selangor

JOHAN KESELURUHAN : HULU LANGAT.






Solat Hajat 4/2017

06 April 2017.... Menjadi rutin setiap khamis awal bulan akan diadakan Majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Solat Hajat. Kehadiran murid amat menggalakkan kerana selain murid Tahun 6, pelajar lain pun turut serta. Namun sambutan ibu bapa belum lagi mencapai kehadiran penuh. Mungkin mereka ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.
Terima kasih kepada guru yang sudi hadir. Pengorbanan sebegini amat diharapkan. Insyaallah setiap pengorbanan akan beroleh kejayaan.