Sabtu, 18 Februari 2017

AL-FATIHAH

25.12.1965 - 08.02.2017, Al-Fatihah buat Allaharyam Cikgu Azman bin Ahmad Sapuan.
Seorang pendidik yang tidak perlu diperkenalkan lagi di SKSL. Sekolah merupakan rumah kedua beliau. Banyak kenangan dan jasa arwah. Antaranya sentiasa mengendalikan PA Sistem setiap pagi dengan alunan ayat al-Quran, zikir, doa dhuha dan asma ulhusna. Setiap hari akan mentularkan 1hadis ke dalam whatsapp. Tidak pernah tidak hadir dalam majlis bacaan yaasin dan solat hajat bulanan. 
Kejayaan yang paling besar ialah berjaya membimbing isterinya kepada Islam. Berjaya mendidik sepasang anak beliau dengan pendidikan islamik. Ini terbukti apabila putera beliau telah mengimamkan solat jenazah beliau. Manakala puterinya kini menuntut di Sekolah Tahfiz Sepang. 
Hubungan Allahyarham dengan rakan sekerja amat rapat sekali, lebih dari adik beradik kerana sentiasa memberi nasihat, mudah memberi bantuan dan sentiasa bergurau senda bersama. Begitu juga hubungan beliau dengan masyarakat. Sebak rasanya mengenangkan arwah.
Tidak tercatat banyaknya jasa arwah. Semoga Allah membalas semua kebaikan dan berada bersama orang soleh serta di tempatkan di Syurga Mu, Ya Allah. Al-Fatihah.....
Program terakhir 06/02/2017 sebelum dikau pergi selama-lamanya......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan