Ahad, 19 Februari 2017

Solat Hajat 02/17

16 Feb 2017, Bertempat di dewan SKSL telah diadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat bulanan panitia. Majlis bacaan Yaasin kali ini disertai dengan tahlil arwah untuk arwah Cikgu Azman. Pada malam tersebut kehadiran murid tahun 6 dan ibu bapa amat menggalakkan. Begitu juga dengan kehadiran guru. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah isteri dan anak-anak arwah Cikgu Azman. Badan Kebajikan Guru juga telah menyampaikan sumbangan takziah dari kutipan guru-guru. Semoga arwah tenang di sana.
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang ikhlas menaja jamuan dan bawa juadah untuk jamuan selepas program. Semoga Allah membalasnya. Harapan agar majlis bacaan yaasin dan solat hajat pada bulan akan datang lebih menggalakkan. Insya Allah...
 







Sabtu, 18 Februari 2017

AL-FATIHAH

25.12.1965 - 08.02.2017, Al-Fatihah buat Allaharyam Cikgu Azman bin Ahmad Sapuan.
Seorang pendidik yang tidak perlu diperkenalkan lagi di SKSL. Sekolah merupakan rumah kedua beliau. Banyak kenangan dan jasa arwah. Antaranya sentiasa mengendalikan PA Sistem setiap pagi dengan alunan ayat al-Quran, zikir, doa dhuha dan asma ulhusna. Setiap hari akan mentularkan 1hadis ke dalam whatsapp. Tidak pernah tidak hadir dalam majlis bacaan yaasin dan solat hajat bulanan. 
Kejayaan yang paling besar ialah berjaya membimbing isterinya kepada Islam. Berjaya mendidik sepasang anak beliau dengan pendidikan islamik. Ini terbukti apabila putera beliau telah mengimamkan solat jenazah beliau. Manakala puterinya kini menuntut di Sekolah Tahfiz Sepang. 
Hubungan Allahyarham dengan rakan sekerja amat rapat sekali, lebih dari adik beradik kerana sentiasa memberi nasihat, mudah memberi bantuan dan sentiasa bergurau senda bersama. Begitu juga hubungan beliau dengan masyarakat. Sebak rasanya mengenangkan arwah.
Tidak tercatat banyaknya jasa arwah. Semoga Allah membalas semua kebaikan dan berada bersama orang soleh serta di tempatkan di Syurga Mu, Ya Allah. Al-Fatihah.....
Program terakhir 06/02/2017 sebelum dikau pergi selama-lamanya......



Kem Bestari Solat 1/2017

03 Februari 2017, KBS atau Kem Bestari Solat siri 1/2017 telah diadakan di SKSL. Program ini adalah program tahunan yang telah ditetapkan oleh BPI KPM. Perlaksanaannya bergantung kepada sekolah. 
KBS ini dianjurkan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam SKSL melibatkan semua murid terutamanya yang masih belum menguasai tatacara untuk solat. Di SKSL semua guru terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini walaupun tiada peruntukan kewangan daripada kementerian. Semoga apa yang diajar dan disampaikan kepada murid menjadi ilmu yang dimanfaatkan. Wallah hu 'alam....