Ahad, 30 Julai 2017

Bulan Bulan Islam

Assalamualaikum...
Aktiviti kokurikulum pada Rabu diteruskan selepas berehat sebulan pada Ramadhan. Persatuan Agama Islam meneruskan pengisian aktiviti mingguan kokurikulum. Pada pertemuan pertama bulan Julai ( 05 Julai 2017 ) bertempat di surau murid didedahkan dengan bulan-bulan Islam dan peristiwa penting dalam bulan tersebut.
Rata-rata murid sukar untuk menyebut satu persatu bulan Islam mengikut turutannya. Pendekatan ini diambil oleh Persatuan Agama Islam agar murid tahu bulan Islam sepertimana bulan dalam masehi. Tahun masehi tidak sama seperti tahun Hijrah. Contohnya 2017 bersamaan dengan 1438H.
Permulaan hijriah dimulai oleh khulafa ar Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab. Bulan-bulan Islam:
1. Muharram - Bula pertama dalam kelander Hijrah yang telah diperkenalkan oleh SaidinaUmar Al-Khattab. Dalam bulan ini ada hari asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Nabi Adam a.s. juga telah bertaubat pada bulan ini.

2. Safar - Rasulullah s.a.w. telah berkahwin Khadijah bin Khuwailid.

3. Rabiulawal - Bula ke-3 dalam kalendar Hijrah. Terdapat peristiwa utama yang menjadi ingatan semua umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah diputerakan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. 

4. Rabiulakhir - Bulan keempat dalam takwim Hijriah.

5. Jamadilawal - Bulan Kelima.

6. Jamadilakhir - Bulan Keenam

7. Rejab - Peristiwa penting Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan. Penerimaan perintah solat 5 waktu sehari semalam.

8. Syaaban - Bulan Nabi Muhammad saw. Terdapatnya malam nisfu syaaban.

9. Ramadhan - Bulan paling suci dan segala amalan dilipatgandakan. Umat Islam diwajibkan berpuasa dalam bulan ini.

10. Syawal - Bulan Aidilfitri. Menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Digalakkan berpuasa sunat syawal sebanyak 6 hari.

11. Zulkaedah - Bulan kesebelas.

12. Zulhijjah - Bulan terakhir dalam kalender Islam. Ibadat haji dilaksanakan padanya iaitu pada 10 Zulhijjah. Hari Tasryik, 11, 12 dan 13 pula diharamkan berpuasa. Bagi yang tidak berpeluang menunaikan haji, umat Islam boleh laksanakan Ibadah Qurban bagi memperingati sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Yaasin & Tazkirah

Rutin Jumaat setiap minggu. Awal pagi Jumaat sebelum pembelajaran dilaksanakan semua murid dan guru SKSL akan membaca Yaasin. Selepas itu akan disampaikan tazkirah pendek oleh Guru Pend Islam secara bergilir-gilir. Selepas syawal tazkirah telah dimulai oleh Us Fazly, Us ku Ismail dan Us Aluwi. Tajuknya ialah adab berziarah, Iqra; dan berhemah.


Isnin, 17 Julai 2017

Sambutan Aidilfitri 1438H

Sudah menjadi kelaziman sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disambut di setiap peringkat. Begitu juga di sekolah. 13 Julai bersamaan 19 Syawal Sambutan Aidilfitri peringkat SKSL telah diadakan dengan meriahnya.