Jumaat, 31 Mac 2017

MTQSS Daerah Hulu Langat

30 Mac 2017 bersamaan 2 Rejab 1438H, bertempat di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah ( MTQSS ) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Hulu Langat. Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak dipilih sebagai tema untuk tahun ini.
SKSL tidak ketinggalan menghantar wakil ke peringkat daerah. Antaranya Muhammad Danish Haikal Bin Mosri ( Tilawah L ), Muhammad Haikal bin Mohd Rom ( Bercerita L ), Dhia Nur Qaseh binti Mohd Asri ( Bercerita P ) dan Kumpulan Shoutul Haq acara Nasyid.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Markiman bin Kobiran, Pen Penyelaras Pembangunan Persekutuan Kawasan Parlimen Hulu Langat bertempat di Dewan Seri Bestari SMK Abdul Jalil ( SMAJA ).
Pasukan SKSL





Keputusan SR
YB Dato' Markiman bersama sahabat
Johan Nasyid - Shoutul Faizin dari SKBTHO2

Selasa, 14 Mac 2017

MTQSS Zon Cheras 2017

13 Mac 2017, SK Dusun Nanding - Majlis Tadarus al-Quran atau lebih dikenali dengan MTQSS Peringkat Zon Cheras telah diadakan. MTQSS ini merupakan aktiviti ko-akademik Pendidikan Islam. Aktiviti tahunan ini bermula dari peringkat sekolah hingga kebangsaan. Acara yang dipertandingan antaranya, Tilawah al-Quran Lelaki dan Perempuan, Hafazan Lelaki dan Perempuan dan Bercerita Kisah Dari al-Quran Lelaki dan Perempuan. Acara Nasyid juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana pertandingan MTQ ini. Nasyid dipertandingan dalam Festival Nasyid.
Sebanyak 16 buah sekolah Zon Cheras mengambil bahagian dalam acara tersebut. Sekolah-sekolah Zon Cheras terdiri daripada SK Dusun Nanding (tuan rumah), SK Batu Sembilan, SK Taman Cuepacs, SK Taman Puteri, SK Lubok Kelubi, SK Tun Abdul Aziz Majid, SK Sg Tekali, SK Sg Serai, SK Bukit Raya, SK Kuala Pomson, SK Sungai Lui, SK Dusun Tua, SJKC Batu 9, SJKC Choon Hwa, SJKC Batu 14 dan SJKC Tmn Connaught 2.
Seawal jam 8 pagi kehadiran peserta dari pelusuk Zon Cheras tampil bergaya dengan strategi dan peserta yang bersemangat. Hakim yang bertugas menghakimi MTQ Zon Cheras dari Zon Ampang.
Alhamdulillah.... SK Sungai Lui telah menjadi johan keseluruhan pada tahun 2017 ini. Mendapat Johan bagi acara bercerita Lelaki menerusi Mohamad Haikal bin Mohamad Rom. Naib Johan Tilawah Lelaki, Muhammad Haikal Danish bin Mosri, Naib Johan Nasyid, Kumpulan Shoutul Haq dan ketiga menerusi bercerita perempuan - Dhia Nur Qaseh binti Mohd Asri.
Mendapat Johan Keseluruhan dengan pungutan 29 mata mengatasi SK Sungai Serai 27 mata dan SK Taman Cuepacs 25 mata.
Tahniah kepada semua pemenang terutama wakil dari SK Sungai Lui. Peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat pada 30 Mac 2017.






Jumaat, 3 Mac 2017

Dokumen Pertandingan Nasyid 2017

Aktiviti Dakwah yang saban tahun diadakan antaranya Festival Nasyid Sekolah-Sekolah yang dianjurkan oleh BPI, KPM. Perkara berkaitan dengan pertandingan ini boleh dirujuk kepada dokumen pertandingan. Peraturan Pertandingan Nasyid 2017

SOLAT HAJAT 3/2017

02 Mac 2017 - Di Dewan SKSL telah diadakan majlis bulanan, bacaan Yaasin, Tahlil dan Solat Hajat. Majlis tersebut dipimpin oleh Us Ku Ismail bin Tn Yaacob. Terima kasih kepada penyumbang juadah.




MESY AGUNG PEKDIS SELANGOR

02 Mac 2017 ( Khamis ) - SAM Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam telah diadakan Mesyuarat Agung Pekdis cawangan Selangor kali ke 14. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dengan dihadiri dari perwakilan setiap daerah dalam Selangor. 
Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shamshim Shah bin Harun (Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor). Pengerusi PEKDIS Cawangan Selangor masih diterajui oleh Tuan Abu Hanifah @ Fauzi bin Zahari ( KS SPI ). Semua jawatan dikekalkan kecuali Naib setiausaha yang bertukar.




Sekreteriat PEKDIS Hulu Langat