Kem Cemerlang Jawi atau KCJ lebih popular di kalangan GPI. Setiap sekolah mesti melaksanakan program ini. Objektif utama KCJ adalah mengatasi murid yang lemah Jawi. Sebelum KCJ diadakan, semua murid mesti melalui ujian saringan iaitu Ujian Diagnostik. Murid yang lemah Jawi akan dikesan melalui ujian tersebut.
Dalam KCJ ini murid yang terlibat didedah dan diberi penekanan khusus berkaitan Jawi. Bagi SKSL... KCJ telah disampaikan oleh Us Ku Ismail bin Tn Yaacob dan dibantu oleh semua GPI.