Sabtu, 13 Ogos 2016

KEM BESTARI SOLAT 3/2016

KBS kali ni melibat murid Tahap 1 sahaja. Walaupun peruntukan amat sedikit, namun program tetap dilaksanakan. Terima kasih kepada guru yang terlibat menjayakan KBS kali ni. Doa dan harapan agar murid dapat melaksanakan rukun Islam ini dengan sempurna dan mendapat ganjaran darNya.

SOLAT HAJAT BULANAN 8/16

Majlis bacaan Yaasin dan Solat hajat bulanan untuk bulan Ogos telah diadakan pada 11 Ogos 2016. Macam biasa kehadiran kurang memberangsangkan. Namun program ini akan diteruskan setiap bulan. Sambutan ibu bapa juga kurang. Tak mengapa. Nak paksa-paksa pon nanti tak ikhlas pula. Ya Allah... perkenankan doa dan hajat jemaah yang hadir. Ibu bapa dan guru yang lain akan datang untuk solat hajat perdana nanti. Insyaallah....

JAMUAN RAYA 1437h

Riang Ria Raya SKSL telah diadakan pada 22 Julai 2016 yang lalu. Jamuan disediakan sepenuhnya oleh guru SKSL. Antara juadah; lemang, rendang ayam, nasi himpit, kuah lodeh, dadih, agar-agar, mee hon dan aneka juadah. Sehari sebelum majlis berlangsung, semua guru sibuk menyelenggara dan mempersediakan keperluan majlis. Majlis tersebut dihadiri tetamu khas, PPPDL, Tuan Hj Mat Jah bin Roslan. Mantan GB turut diundang antaranya Pn. Nor Aidah dan En Shahrom.