Isnin, 4 Julai 2016

IHYA RAMADHAN M3

Ramadhan sudah di penghujung. Pemergiannya terasa sedih dan hiba. Namun aktiviti Panitia Pend Islam SK Sungai Lui terus dengan pelbagai program yang telah diatur. Baki Ramadhan diteruskan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh guru bertugas pada setiap pagi sebelum masuk kelas.     


Pada Jumaat terakhir Ramadhan 1437H juga diadakan Majlis Khatam Quran untuk murid yang mengikuti program Tadarus 1 Muka 1 Hari sepanjang bulan yang dijanjikan ganjaran berlipat ganda. Selain itu penyampaian sumbangan anak yatim, saguhati tadarus, saguhati guru, pemenang pertandingan dan pemberian duit raya kepada semua murid turut memeriahkan majlis tersebut. Namun ada juga program yang tidak dijalankan seperti pemberian duit tambahan kepada murid Asli Islam dan bantuan barang keperluan ditangguhkan. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman. Jumpa lagi Ihya Ramadhan 1438H. Insyaallah.....