Sabtu, 21 Mei 2016

NISFU SYA'ABAN

Membaca Yaasin sebanyak 3 kali di masjid telah sinonim dengan amalan masyarakat bagi menyambut nisfu syaaban. Pada bahasa "Nisfu" bererti separuh. Separuh daripada bulan Syaaban. Bermakna bulan Syaaban cuma tinggal 15 hari lagi. Selepas Syaaban, masuk pula bulan paling diberkati dan manusia berusaha menambahkan amalan masing-masing iaitu bulan Ramadhan.
Maka pada malam tersebut kita membaca yaasin sebanyak 3 kali :
1. Bacaan yang pertama agar diberikan umur yang panjang dan boleh beribadah kepada Allah taala.
2. Bacaan kedua kita mohon ditetapkan iman dan dijauhi dari segala bencana.
3. Bacaan ketiga pula, kita memohon agar diberikan rezeki yang halal.

Pada malam Nisfu Syaaban akan dibuka pintu - pintu di langit. Maka marilah kita berusaha bangun malam dan menadah tangan kepadaNya.
Menurut Imam Syafie: 
Doa mustajab pada 5 malam iaitu, malam Jumaat, malam Aidil Fitri, malam Aidil Adha, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Penulis berpesan agar kita sama melaksanakan ibadah secara berterusan. Pentabiatan dalam amalan. Bersihkan diri, sucikan minda. Sentiasa beramal kepada Allah tidak kira masa.
 Wallahu 'alam....







Jumaat, 20 Mei 2016

HARI GURU 2016

Saban tahun perayaan Hari Guru akan disambut pada setiap 16 Mei. Pada Tahun 2016, tema yang dipilih ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Pelbagai aktiviti dan cara sambutan dijalankan di setiap peringkat baik sekolah, jabatan atau kementerian. Sambutan yang dirai bergantung kepada kreativiti guru-guru.
Panitia Pendidikan Islam


Ahad, 8 Mei 2016

Solat Hajat Bulanan

Setiap hari Khamis malam Jumaat awal bulan pihak panitia akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat Bulanan. Majlis ini telah berlangsung sejak dua tahun yang lalu. Jika sebelum ini kehadiran agak tidak menggalakkan kerana hanya GPI dan guru yang menetap di Quarters sahaja terlibat. Namun pendekatan baru diambil, mulai 2016 majlis ini dibuat bersama dengan pelajar dan ibu bapa murid tahun 6. Alhamdulillah, kesannya positif.
Majlis ini tiada paksaan kepada setiap guru. Guru yang berkelapangan boleh turut serta dalam program ini. Tujuan majlis ini diadakan untuk memohon segala hajat dan merapatkah ukhuwah di kalangan guru SKSL. Selepas selesai solat, jamuan ringan disediakan secara 'pot lak'. 
Diucapkan terima kasih kepada guru yang selalu datang berjemaah juga kepada yang menyumbangkan tenaga serta juadah. Insyaallah... program ini akan diteruskan. Kepada sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir pada setiap malam Jumaat awal bulan...




Ahad, 1 Mei 2016

Meraikan Guru Praktikum

Setelah Genap tiga bulan bermula Feb hingga April 2016 maka tamatlah tempoh praktikum atau latihan mengajar bagi empat orang guru pelatih dari Institut Perguruan Guru kampus Institut Perguruan Islam Bangi ( IPIS ) di SKSL.
Guru pelatih tersebut terdiri dari Ust Mat Zahir dan Ust Imran yang dimbing oleh Ustz Nik Siti Maria untuk pelajaran Bahasa Arab. Bagi Pendidikan Islam pula Ustz Che Gayah telah membimbing Ustz Tasnem Balqis dan Ustz Khadejah. Manfaatkanlah segala ilmu keguruan sepanjang tempoh menjalani latihan mengajar di SKSL. Segala kekurangan dan kelemahan maaf dipinta.
Terima kasih kepada guru yang menyediakan makanan dan nasihat kepada guru pelatih agar terus berusaha dengan gigih dalam profesion keguruan. Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik buat sempadan. Semoga terus memartabatkan profesion keguruan di persada dunia.